Tuesday, 17 February 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : Y.B. DR. LO’ LO’ BINTI MOHAMAD GHAZALI [TITIWANGSA]
TARIKH : 17-02-09
SOALAN : 10

SOALAN
Y.B. DR. LO’ LO’ BINTI MOHAMAD GHAZALI [TITIWANGSA] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan projek cari-cari yang telah dijalankan mengikut negeri dan daerah serta nyatakan juga hasil dari program tersebut.

JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,

Projek CARI merupakan satu inisiatif baru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bertujuan untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan serta mengesan kes-kes terpencil dan terpinggir di seluruh negara di kalangan kumpulan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan tetapi masih belum menerima sebarang bentuk bantuan kebajikan.

Uutuk makluman Yang Berhormat, Projek CARI ini dilaksanakan bagi tempoh 6 bulan dan sejak Projek CARI ini mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Oktober 2008, sejumlah 69,932 kes telah dikesan atau dirujuk dan daripada jumlah ini, sebanyak 27,764 kes ataupun 40 peratus telah diluluskan dan diberi bantuan kewangan manakala baki kes iaitu 32,818 kes (47%) sedang disiasat oleh pegawai-pegawai JKM dan sebanyak 9,350 kes (13%) tidak diluluskan. Jumlah bantuan kewangan bagi kes yang telah diluluskan adalah sebanyak RM6.1 juta.

Manakala Projek CARI yang telah dijalankan berdasarkan bilangan kes yang dikesan mengikut negeri adalah seperti berikut:



















Negeri Bil Kes Yang dikesan
Perlis 883
Kedah 4,445
P. Pinang 4,679
Perak 10,733
Selangor 2,529
WP. KL 2,353
N. Sembilan 3,550
Melaka 783
Johor 3,410
Pahang 3,613
Terengganu 8,229
Kelantan 3,188
Sabah 8,153
Sarawak 13,250
WP Labuan 134
JUMLAH 69,932

No comments:

Post a Comment