Monday, 1 December 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH :

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN bahawa nyatakan bilangan pekerja yang berkhidmat di KPTK. Berapakah kes salahguna kuasa oleh pegawai-pegawai KPTK pada 2006/2007/2008. Apakah tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Berapakah jumlah pegawai-pegawai yang telah digantung/letak jawatan kerana tindakan displin.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

jumlah Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2006, 2007 dan 2008 adalah seperti berikut :-


















TAHUNBilangan Pegawai/Kakitangan
200612,724
200713,886
2008 (Sehingga Ogos)13,961

Terdapat sebanyak 4 kes salah-gunakuasa yang melibatkan pegawai KPKT pada tahun 2006. Tiga orang daripada pegawai berkenaan dikenakan amaran manakala seorang pegawai dijatuhi hukuman turun pangkat. Tiada kes tatatertib yang melibatkan pegawai KPKT pada tahun 2007 dan sehingga bulan Ogos 2008.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Disember 2008

No comments:

Post a Comment