Tuesday, 2 December 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 02-12-2008

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan penduduk tetap di Johor yang telah menjadi warga Malaysia pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah syarat-syarat yang diperlukan.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan Penduduk Tetap di Johor yang telah diberi taraf warganegara Malaysia bagi tahun 2006 hingga Ogos 2008 adalah seramai 147 orang. Statistik terperinci bagi tahun 2006 adalah seramai 41 orang, thaun 2007 adalah seramai 51 orang dan tahun 2008 seramai 55 orang.


















TAHUN 2006 41
TAHUN 2007 51
TAHUN 2008 55
147

Di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan permohonan kewarganegaraan oleh isteri warga asing kepada warganegara Malsyia, permohonan kewarganegaraan boleh dikemukakan dengan syarat-syarat yang ditetapkan seperti di bawah :-

i) Perkahwinan didaftarkan mengikut undang-undang bertulis di negara ini;

ii) Perkahwinan masih kekal;

iii) Telah menjadi Pemastaudin Tetap di Persekutuan selam 2 tahun; dan

iv) Berkelakuan baik;

Manakala bagi permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, syarat-syarat yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang itu memohon kewargenegaraan adalah seperti berikut :-

i) Permohon mestilah berusia 21 tahun ke atas;

ii) Pemohon telah bermastautin tetap di Persekutuan sekurang-kurangnya selama 12 tahun.

iii) Permohon berniat untuk bermastautin di Persekutuan untuk selam-lamanya.

iv) Mempunyai pengetahuan Bahasa Kebangsaan yang memadai.

Selain daripada itu, bagi mereka di bawah umur 21 thaun, mereka bolah memohon di bawah Perkara 15(2) atau 15A Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment