Monday, 15 December 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 15-12-08

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN bahawa adakah pihak PUSPAKOM berhak meningkatkan harga pemeriksaan kenderaan. Adakah kerajaan merancang menlanjutkan kontraknya yang dijangka tamat pada 2009.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Di bawah Perjanjian Konsesi antara Kerajaan dan PUSPAKOM, PUSPAKOM diberi hak untuk menaikkan harga pemeriksaan kenderaan selepas 5 tahun mula beroperasi dan setiap 3 tahun bagi tahun-tahun berikutnya. Hak ini ada diperuntukkan di bawah Klausa 9.3(b), dalam perjanjian konsesi. Walau bagaimanapun, PUSPAKOM hendaklah mendapatkan persetujuan Kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang kenaikan harga pemeriksaan kenderaan.

Berhubung dengan tempoh lanjutan kontrak kepada PUSPAKOM, Kerajaan pada 14 Februari 2007 telah bersetuju tempoh konsesi ini dilanjutkan selama 15 tahun lagi bermula dari tahun 2009. Walau bagaimanapun, tempoh lanjutan konsesi baru ini akan dikaji setiap lima (5) tahun bagi memastikan PUSPAKOM dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

No comments:

Post a Comment