Wednesday, 3 December 2008

Usul Anggaran Pembangunan 2009


■1842
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Pengerusi yang saya hormati memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Maksud 49 Butiran 05000 berkaitan dengan Peringkat Jawatankuasa Pengajian Tinggi. Di sini saya hendak bercakap berkenaan dengan IPTA yang pernah berlaku di kawasan Parlimen Bakri pada beberapa kebelakangan ini di mana ada beberapa pelajar STPM yang dapat CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan STPM tetapi gagal dapat masuk ke universiti tempatan. Sebaliknya terdapat pelajar yang dengan CGPA 3.0 ke bawah boleh dapat masuk ke universiti tempatan. Di sini saya hendak tahu adakah sistem pemarkahan untuk masuk ke universiti bagi pelajar STPM masih lagi dikatakan adil. Kenapakah keadaan ini berlaku semakin berleluasa dan juga adakah Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengkaji semula sistem pemarkahan yang tidak adil ini. Akhirnya saya hendak tahu juga tentang golongan pelajar yang dapat CGPA 3.0 ke atas ini tetapi gagal masuk ke universiti tempatan apakah bentuk program-program yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu pelajar tersebut. Sila jelaskan. Terima kasih.

■2030
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan soal pelajar yang mendapat GPA yang baik tetapi tidak dapat memasuki universiti. Ini adalah mungkin tertakluk kepada bidang yang dipohon. Sekiranya bidang yang dipohon telah kompetitif maka tidak dinafikan sukar untuk masuk ke universiti dalam bidang yang dipohon itu. Berasaskan kepada itu bagi mereka yang tidak berjaya peluang yang lain ialah melalui sama ada IPTS ataupun memasuki Politeknik dalam bidang-bidang atau dalam program yang mungkin tidak kompetitif.

No comments:

Post a Comment