Monday, 30 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH: 30-06-2008

SOALAN:
Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah berkesan yang telah/akan dijalankan untuk menarik balik mahasiswa/mahasiswi yang belajar di luar negara supaya berkhidmat di Malaysia.

JAWAPAN:

Tuan yang Di Pertua,

Setiap pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikehendaki menandatangi kontrak perjanjian biasiswa sebaik sahaja mereka bersetuju untuk ditaja oleh pihak JPA bagi melanjutkan pengajian mereka sama ada di dalam atau luar negara.

Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kandungan kontrak perjanjian tersebut, pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah pulang melapor diri dalam tempoh 30 hari dan mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi urusan pelantikan ke perkhidmatan awam.

Sekiranya mereka ingkar atau melanggar sebarang syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam dikenakan tuntutan gantirugi seperti yang tertera dalam 2 bulan, 3 notis tuntutan akan dikelurakan oleh pihak JPA kedapa pelajar dan penjamin bagi urusan tuntutan gantirugi tersebut, nama-nama pelajar dan penjamin ini akan dipanjangkan ke jabatan Peguam negara untuk tindakan undang-undang.

No comments:

Post a Comment