Monday, 23 June 2008


PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta Menteri Pelajaranmenyatakan langkah-langkah
yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan semua warganegara mendapat
polisi dan menikmati sistem pendidikan yang saksama.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan semua kanak-kanak warganegara
mendapat akses kepada pendidikan. Oleh sebab itu, Kementedan Pelajaran telah
memperkenalkan Pendidikan Wajib mulai tahun 2003 bagi memastikan kanak-kanak
sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman mendapat akses dan ekuiti pendidikan
yang sama. Kementerian Pelajaran juga turut memberi pendidikan kepada kanak-
kanak bukan warganegara di sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan dengan
mengenakan yuran yang minimum kepada kanak-kanak tersebut.

Selain itu, Teras 4 iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk
Pembangunan. Pendidikan telah mengadakan perancangan strategik bagi memastikan
jurang pendidikan antara bandar dan pedalaman dikurangkan. Antaranya menyediakan
kemudahan. asas dan pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah daif dan usang
terutamanya di kawasan pedalaman, menempatkan dan memastikan guru-guru yang
terrlatih kekal di kawasan pedalaman dengan memberi Elaun Khas Mengikut Lokasi dan
Kadar Kesusahan (EKMLK) serta memberi bantuan seperti RMT, PSS, SPBT dan bantuan-bantuan lain termasuk menyediakan polisi insuran kepada semua murid-murid yang layak.

No comments:

Post a Comment