Friday, 6 June 2008

Pertanyaan Persidangan Parlimen bulan Jun 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA JUN - JULAI 2008

JAWAB LISAN

23hb Jun 2008
(1) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar SPM 10A dalam 2007 dan jumlah biasiswa JPA yang ditawarkan? Adakah semua pelajar yang mendapat 10A berjaya mendapat biasiswa tersebut? Kalau tidak, mengapa?

24hb Jun 2008
(2) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah seksyen 46-50 dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (peribadi RM8,000, isteri RM3,000, anak RM1,000) yang digunakan masih sesuai digunakan untuk masa kini?

25hb Jun 2008
(3) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, apakah rancangan dan projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan di negeri Johor? Kalau tidak, mengapa?

26hb Jun 2008
(4) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah yang berlaku di setiap negeri pada tahun 2005, 2006 dan 2007? Apa tindakan dan rancangan yang diambil untuk mengatasinya dan bilakah masalah kekurangan tenaga polis di seluruh Malaysia dapat selesai dan pondok beat atau balai polis komuniti akan dilaksanakan di Bandar Muar.

30hb Jun 2008
(5) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan yang telah/akan dijalankan untuk menarik balik mahasiswa / mahasiswi yang belajar di luar negara supaya berkhidmat di Malaysia?

1hb Julai 2008
(6) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a)Apakah tindakan yang berkesan telah dan akan diambil untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di seluruh Malaysia? dan

(b)Sejauh manakah tindakan dan jumlah peruntukan tersebut yang diambil terhadap Bandar Muar, terutama di kawasan Bakri?

2hb Julai 2008
(7) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan dalam meningkatkan taraf jalanraya di Jalan Pintas Muar, (Jambatan ke-2 Muar) mengapa terdapat begitu banyak lampu isyarat dan jalanrayanya tidak merata sepanjang jalan. Adakah ini menyusahkan dan merbahayakan pemandu? Jika ya, apa tindakan yang akan diambil dan bilakah masalah ini dapat diselesaikan?

3hb Julai 2008
(8) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a)Apakah rancangan yang berkesan diambil bagi mengatasi masalah sampah di seluruh Malaysia?

(b)Adakah pihak kementerian bercadang untuk membina pelupusan sampah terkini di negeri Johor? Sekiranya ya, bila dan manakah pembinaanya?

7hb Julai 2008
(9) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan syarat dan infrakstruktur asas yang diperlukan untuk diiktirafkan sebagai pembandaran? Adakah “garbage incinerator” terkini, kompleks sukan yang bertaraf antarabangsa (kolam renang), kemudahan pengangkutan awam yang sistematik diperlukan?

8hb Julai 2008
(10) Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor asing yang berkhidmat di Malaysia mengikut tahun 2005 hingga masa kini? Apakah syarat yang dikehendaki oleh doktor asing tersebut dan prosedur untuk pengambilannya?

JAWAB BERTULIS

(1)Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang diberi kepada Kawasan Parlimen Bakri dan nyatakan projek-projek dan nilainya serta status projek tersebut.

(2)Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan dengan peruntukan pembangunan RM 2 juta bagi Kawasan Parlimen Bakri. Apakah agensi, persatuan, individu yang menerima atau melaksanakan projek-projek tersebut.

(3)Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan semua warganegara dapat polisi dan menikmati sistem pendidikan yang saksama?

(4)Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan Kementerian untuk menaik-taraf peralatan-peralatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar serta bilakah tenaga doktor pakar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar akan ditambah bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di Hospital tersebut.

(5)Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah Kementerian sedia memberi bantuan kewangan tetap atau bentuk galakan yang lain kepada kumpulan tarian singa yang berasal dari Muar memandangkan kumpulan tersebut adalah johan di pertandingan-pertandingan antarabangsa dan nyatakan kesediaan penerimaan Kementerian untuk melibatkan kumpulan ini di dalam program Kementerian.

No comments:

Post a Comment