Tuesday, 1 July 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 01-067-08

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan yang berkesan telah dan akan diambil untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di seluruh Malaysia; dan
(b) sejauh manakah tindakan dan jumlah peruntukan tersebut yang diambil terhadap Bandar Muar, terutamanya di kawasan Bakri.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, bagi mengurangkan kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, semua PBT telah diminta melaksanakan insentif mengatasi masalah banjir di kawasan masing-masing.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan surat kepada semua PBT pada 20 November 2007 supaya mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani dan menghadapi bencana banjir seperti berikut :-

i. Membuat persediaan awal bagi mengelakkan berlakunya banjir dengan penyenggaraan sistem perparitan dan saliran dari diperluhi dengan sampah sarap yang boleh menyebabkan aliran air tersekat.

ii. Pembershian parit dan longkang hendaklah dilakukan secara berterusan dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan penduduk setempat secara bergotong royong bagi membersihkan kawasan masing-masing.

iii. Menyegerakan projek-projek tebatan banjir yang perlu diberi keutamaan daripada projek-projek pembangunan yang lain.

Bagi kawasan di luar pentadbiran PBT, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula mengambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan kejadian banjir kilat :-

i. Melaksanakan projek-projek tebatan banjir.

ii. Mengadakan Pelan Induk Tebatan Banjir dan juga Pelan Induk Saliran bagi bandar-bandar utama.

iii. memperkenalkan dan memastikan kaedah kawalan banjir di punca (control of source).

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, KPKT tidak menyediakan peruntukan khas untuk melaksanakan projek-projek bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan-kawasan PBT. Walaubagaimanapun, melalui peruntukan di bawah program Projek-projek Kecil di kawasan PBT, PBT boleh mengambil inisiatif mengatasi masalah banjir di kawasan masing-masing melaui kerja-kerja penyenggaraan sistem perparitan dan kerja-kerja membina serta menaiktaraf longkang dan parit.

Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan
Julai 2008

No comments:

Post a Comment