Tuesday, 24 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat


PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24-06-2008
Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah seksyen 46-50 dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (peribadi RM8,000, isteri RM3,000, anak RM1,000) yang digunakan masih sesuai digunakan untuk masa kini.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, pelepasan-pelepasan cukai yang diberi seperti pelepasan diri, isteri dan anak hanyalah untuk meringankan beban pembayar cukai dan bukannya untuk menanggung perbelanjaan sebenar. Bagaimanapun, Kerajaan dari semasa ke semasa akan mengkaji pelepasan-pelepasan yang dibenarkan bagi meringankan beban pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment