Monday, 23 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

NO. SOALAN: 92
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 23 JUN 2008
SOALAN:
Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelajar SPM 10A dalam 2007 dan jumlah biasiswa JPA yang ditawarkan. Adakah semua pelajar yang mendapat 10A berjaya mendapat biasiswa tersebut. Kalau tidak, mengapa?

JAWAPAN:
Tuan Yang Di Per[ua,
Pada tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan 2,000 biasiswa di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2007, JPA telah menerima sebanyak 15,220 permohonan bagi program ini dan daripada jumlah itu, seramai 6,100 pemohon telah memperolehi 10 A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2007.

Daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan di bawah PILN 2008, seramai 1,728 orang pelajar yang memperolehi 10 A dan ke atas telah berjaya ditawarkan biasiswa PILN Berkaitan pelajar yang mendapat 10 A dalam peperiksaan SPM. JPA memang melaksanakan keputusan Y.A.B Perdana Menteri seperti yang diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2007 supaya sernua pelajar yang memperolohi 10 A dan berada dalam kelompok sosio ekonomi keluarga kurang daripada RM 1,500 sebulan ditawarkan biasiswa secara automatik setelah memohon dan menghadiri temuduga. Pada tahun ini, seramai 151 orang pelajar di bawah kategori ini telah ditawarkan biasiswa PILN. Selebihnya sebanyak 4,372 orang pemohon yang memperolehi 10 A dan ke atas ini tidak berjaya ditawarkan aras sebab-sebab berikut:

(i) tidak mendapat markah penuh untuk kriteria pemilihan yang telah ditetapkan iaitu prestasi akademik (70%), ko-kurikulum (10%), sosio ekonomi (10%) dan prestasitemuduga (10%);

(ii) bidang pilihan pelajar tidak memenuhi kesesuaian kornbinasi mata pelajaran yang ditetapkan; dan

(iii) persaingan yang sengit untuk bidang yang dipohon.

Tuan Yang Di Pertua,
Mengenai tawaran biasiswa kepada semua pelajar cemerlang yang mendapat 10 A wajar diberi kepada mereka tanpa mengenakan syarat tertentu, seperti kegiatan kokurikulum, kedudukan keluarga dan prestasi ketika di temu ramah khasnya bagi Program Ijazah Luar Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyediakan program biasiswa baru yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu Program Penajaan Tambahan Pelajar Lepasan SPM 2007.

Program ini diperkenalkan berdasarkan keputusan Kerajaan supaya JPA menaja di dalam negara semua pelajar lepasan SPM 2007 yang memperolehi keputusan 9A dan ke atas.

Kenyalaan rasmi mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan melalui kenyataan akhbar Y.Bhg.Ketua Setiausaha Negara pada 2 Mei 2008 yang lalu yang menjelaskan kategori pelajar seperli berikut:

(i) Pelajar-pelajar yang melanjutkan pongajian ke Tingkatan 6 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan Pusat-Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk Pusat Asasi Saias Universiti Malaya dan Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Penajaan kepada pelajar-pelajar ini akan diteruskan sehingga ko ponngkat ijazah pertama di IPT tempatan;

(ii) Pelajar-pelajar yang mendapat tempat di kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia seperti Monash University, Nottingham University, Curtin University of Technology dan Swinburne University.

Bagi penajaan di atas, pelajar yang memperolehi 9 A dan ke atas layak memohon penajaan tersebut. Permohonan telah dibuka secara online pada 1 Jun 2008 sehingga 14 Jun 2008 manakala iklan dalam akhbar-akhbar utama tempatan seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, New Straits Times dan New Sunday Times telah disiarkan pada 1 & 2 Jun 2008 Bagi Sabah dan Sarawak, iklan disiarkan dalam Daily Express pada 4 & 5 Jun dan Borneo Post pada 3 & 4 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment