Monday, 23 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 23-06-08

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah kementerian sedia memberi bantuan kewangan tatap atau bentuk gelakan yang lain kepada kumpulan tarian singa yang berasal dari Muar memandangkan kumpulan tersebut adalah johan di pertandingan-pertandingan antarabangsa dan nyatakan kesediaan penerimaan kementerian untuk melibatkan kumpulan ini dalam program kementerian.

JAWAPAN:

Yang DiPertua,

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) menyediakan bantuan kepada persatuan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan melalui Skim Bantuan Kebudayaan manakala Skim Penajaan Seni Budaya diberikan kepada penggiat seni dan budaya. Bantuan tersebut disediakan dalam bentuk kewangan untuk terlibat dalam program seni budaya di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Tarian Singa telahpun mendapat bantuan dan gelakan dari kementerian ini melalui pengliubatannya dalam program-program Kementerian ini khususnya semasa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina. Kumpulan ini juga boleh mendapatkan bantuan kewangan secara langsung dari Kementerian ini. Selain itu, kumpulan ini juga berpeluang untuk mendapat kemudahan dan khidmat nasihat seperti berikut:

i. Menyertai program dan secara anjuran Kementerian dan peringkat kebangsaan dan negeri seperti melalui Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di seluruh negara; Fesitival Keseinian Rakyat malaysia; Pusat Kesenian Setempat dan acara-acara Kementerian.

ii. Mendapat khidmat nasihat dan latihan dalam aspek pengurusan, kepimpinan dan sahsiah melalui kursus atatu bengkel anjuran Kementerian seperti Bengkel Pemasaran, Bengkel Sahsiah Seni dan Bengkel Pengurusan Produksi anjuran JKKN yang dijadualkan secara berkala. Selain itu berpeluang mengikuti latihan jangka pendek melalui permohonan Skim Pembangunan Latihan Penggiat Seni (SLPPS).

Kementerian sentiasa menggalakan penyertaan dan penglibatan pertubuhan-pertubuhan dan penggiat seni budaya dalam pembangunan seni budaya negara demi memastikan visi dan misi Kementerian ini, khasnya dan negara ini, amnya untuk menampilkan seni budaya pelbagai kaum dan etnik tercapai.

No comments:

Post a Comment