Monday, 23 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 23-06-08

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan kementerian untuk maniak taraf peralatan-peralatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar serta bilakah tenaga doktor pakar di hospital ini akan ditambah bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Sehingga 11 Jun 2008, Hospital Pakar Sultanah Fatimah mempunyai sejumlah 28 orang Pegawai Perubatan Pakar bukan sahaja berlaku di Hospital Sultanah Fatimah Muar malah turut berlaku di seluruh negara. Masalah ini dipandang serius oleh Kementerian dan usaha sentiasa dilakukan bagi memastikan bilangan Pegawai Perubatan Pakar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil termasuklah:

a) menambahkan bilangan tempat dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kepakaran dan bidang-bidang sub-kepakaran;

b) bekerjasama dengan kementerian Sumber Manusia dalam 'Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia' untuk berkhidmat sebagai pegawai Perubatan di hospital-hospital Kerajaan;

c) menggunakan khidmat Pegawai perubatan pakar dari hospital sewasta untuk bertugas di hospital-hospital kerajaan secara sessional;

d) menambahbaik terma dan syarat-syarat perkhidmatan Pegawai perubatan dengan menwujubkan pelbagai insentif dan peluang kemajuan kerjaya yang baik;

e) memperkenalkan Locum dan Full Paying Patients serta elaun=elaun dan insentif-insentif yang lebih menarik kepada Pegawai perubatan; dan

f) mengambil pakar-pakar dalam bidang yang kritikal daripada luar negara.

Jawapan oleh
Y.B. Dato' Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment