Thursday, 26 June 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PENTANYAAN
DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH: 26-06-2008
RUJUKAN: 1066

SOALAN:
Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah yang berlaku di setiap negeri pada tahun 2005/06/07. Apa tindakan dan rancangan yang diambil untuk mengatasinya dan bilakah masalah kekurangan tenaga polis di deluruh malaysia dapat deselesai dan pondok beat atau balai polis komuniti akan dilaksanakan di Bandar Maur.


JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Statistik indeks jenayah mencatatkan sebanyak 157,365 kes pada tahun 2005 di mana negeri Selangor mencatatkan jumlah kes paling banyak iaitu 44,521 kes diikuti dengan negeri Johor sebanyak 23,504 kes dan Kuala Lumpur dengan 19690 kes.

Tahun 2006 pula mencatatkan sebanyak 186,453 kes iaitu peningkatan sebanyak 29,088 kes atau 18.48%. Negeri Selangor sekali lagi mencatatkan bilangan kes paling banyak iaitu 51,393 kes diikuti dengan negeri Johor dengan bilangan kes sebanyak 23,872 kes.

Indeks jenayah tahun 2007 pula mancatatkan sebanyak 209,559 kes iaitu peningkatan sebanyak 23,106 kes atau 12.39%. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes paling banyak iaitu 58,592 kes diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 29,473 kes dan negeri Johor dengan 26,841 kes.

STATIK JENAYAH MALAYSIA






























TAHUN200520062007
Selangor44,52151,39358,592
Johor23,50423,87226,841
Kuala Lumpur19,69029,473
Indeks Jenayah157,365186,453209,559

Tuan Yang Di-Pertua,

Pihak kerajaan dan PDRM sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu dan kaedah penyelesaian secara menyeluruh bagi menangani kes-kes Jenayah. Antara langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dan PDRM bagi mengatasi jenayah adalah dengan mengambil tindakan pencegahan yang berterusan dengan bantuan masyarakat; menpertingkatkan pencarian maklumat riskan; mempertingkatkan mutu penyiasatan; mencegah kemasukan serta menangkap pendatang-pendatang asing tanpa izin yang berada di negara ini untuk dihantar balik ke negara masing-masing; meningkat kesedaran terhadap masyarakat mengenai tanggungjawab mereka untuk bersama memerangi jenayah dengan memperluaskan program Skim Kepolisan Masyarakat seperti 'Rakan Cop' dan Skim Pengawasan Kejiranan seperti Rukun Tetangga yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara pihak polis dan masyarakat.

Di samping itu, kerajaan dan PDRM telah meluluskan lebih banyak lagi peruntukan untuk menjadikan rumah kedai atau rumah perumahan sebagai balai atau pondok polis sementara dan membina lebih banyak lagi balai dan pondok polis di kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya jenayah. PDRM telah bekerjasama dengan setiap PBT negeri untuk mengaji kawasan-kawasan yang sesuai dan perlu dipasang CCTV.

Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan jumlah keanggotaan PDRM dengan meluluskan 60,000 perjawatan polis. Bagi tujuan pengisian perjawatan tersebut, PDRM telah mengambil langkah-langkah dengan mewujudkan pusat-pusat latihan baru dan menawarkan jawatan kontrak kedapa anggota dan pegawaimenambah kekuatan PDRM.

Tuan Yang di-Pertua,

PDRM telah bercadang untuk menubuhkan 3 pondok atau balai polis komuniti di daerah muar iaitu Balai Polis Sungai Abong, Pondok Polis Jonet dan Pondok Polis Taman Meranti. Ketiga-tiga balai dan pondok polis ini operasi mulai awal tahun 2009.

No comments:

Post a Comment