Thursday, 21 August 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

SOALAN NO:16
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 20-08-2008


SOALAN
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PENDIDIKAN bahawa berapakah bilangan pelajar yang tidak meneruskan sekolah selepas UPSR dan PMR ? Apakah langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menolong golongan pemuda-pemudi tersebut sejak 2006/2007/2008.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memang prihatin tentang masalah keciciran murid di negara ini. Walau bagaimanapun, tldak semua murid tercicir daripada mengikuti persekrolahan kerana sebahagian besar murid ini sebenarnya meneruskan pelajaran di sekolah-sekolah bukan di bawah KPM seperti sekolah-sokolah swasta, sekolah agama rakyat, Sekolah Menengah Persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan belajar di sekolah-sekolah yang tidak berdaftar seperti madrasah. Sebilangan kecil pula mengikuti home schooling atau mengikut keluarga berhijrah ke luar negara. Namun demikian, terdapat juga murid-murid yang terus meninggalkan dunia pendidikan kerana tidak berminat terhadap pelajaran, masalah kesihatan dan juga memasuki alam pekerjaan.

Sungguhpun begitu, KPM terus berusaha untuk mengurangkan kadar keciciran pada semua peringkat pendidikan dan berusaha mengenal pasti jumlah sebenar keciciran daripada sistem pendidikan negara. Berdasarkan statistik, dianggarkan sekitar 9% murid tidak meneruskan persekolahan selepas JPSR dan 4% murid tidak meneruskan persekolahan selepas PMR di sekolah-sekolah kerajaan.

Sehubungan itu, KPM telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan kadar penyertaan murid dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran. Antaranya termasuk menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa, mewujud dan memperluas program-program bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Baucar Tuisyen dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), KPM juga melaksanakan program pemulihan khas yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah rendah serta memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003 yang diteruskan dalam RMKe-9. Selain itu juga, KPM telah menyediakan kemudahan asrama di sekolah-sekolah terpilih dalam usaha untuk mengatasi keciciran. KPM berkeyakinan langkah-langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah keciciran di kalangan murid.

No comments:

Post a Comment