Monday, 18 August 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH :

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA bahawa bilangan pengangguran di setiap dearah di negeri Johor pada 2006/2007/2008 mengikut golongan umur,jantina dan bangsa. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Statsitik pengangguran bagi Negeri Johor berdasarkan portal JobsMalaysia mengikut pecahan umur dan jantina adalah seperti berikut:-
tahun 2008
Pejabat JTK DaerahBil. Penggangur(Umur 15-39) Bil. Penggangur(Umur 40 dan keatas) LelakiPerempuan
Kluang118141518704
Muar147624700800
Segamat107119493597
Johor Bahru830216138184645
Batu Pahat22354110851191

Tahun 2007
Pejabat JTK DaerahBil. Penggangur(Umur 15-39) Bil. Penggangur(Umur 40 dan keatas) LelakiPerempuan
Kluang96637419584
Muar120631566671
Segamat111613459670
Johor Bahru50478021013026
Batu Pahat1989288521165

Tahun 2006
Pejabat JTK DaerahBil. Penggangur(Umur 15-39) Bil. Penggangur(Umur 40 dan keatas) LelakiPerempuan
Kluang95323380596
Muar141522596841
Segamat111927493651
Johor Bahru47325118512932
Batu Pahat1957258231159

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak mempunyai maklumat mengikut pecahan kaum.

Bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membantu penganggur mendapatkan pekerjaan secepat mungkin, KSM telah melaksanakan pelbagai strategi untuk membantu golongan penganggur seperti berikut:

- KSM telah menyediakan kemudahan pekerjaan secara on-line mlalui portal JobsMalaysia bagi menarik lebih ramai pencari kerja untuk mendafiar dengan sistem tersebut, di mana pencari kerja boleh dipadankan dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdafiar dalam sistem tersebut;

- Memperbanyakkan program Karnival Pekerjaan (Job Fair) termasuk di IPTA dan IPTS yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dari semasa ke semasa bagi membantu menemukan pencari kerja dan majikan.

- Mengadakan ceramah dan kaunseling kerjaya kepada pencari kerja bagi memberi pendedahan tentang kehendak pasaran pekerjaan semasa di samping panduan bagaimana menghadapi temu duga;

- Kerajaan juga telah melaksanakan Skim Perantisan sejak 1996 bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh majikan atau industri sekati gus mengurangkan pengangguran dalam negara. Kaedah latihan skim ini adalah berdasarkan off the job di premis penyedia latihan dan diikuti dengan latihan on the job di premis majikan;

- Mengadakan kerjasama dan dialog dari semasa ke semasa dengan pihak industri dan institusi pengajian/latihan bagi menentukan keperluan sebenar tenaga kerja di sektor perindustrian;

No comments:

Post a Comment