Tuesday, 19 August 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

SOALAN NO: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
BERTARIKH : 18-08-2008
SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] MINTA MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh JKR tentang projek-projek yang tertunda dan tertunggak di seluruh Negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah projek yang telah dan sedang dijalankan di seluruh negeri Johor.

JAWAPAN:
TUAN YANG DIPERTUA,
(A) UNTUK MAKLUMAN YANG BERHORMAT, BAGI PROJEK INFRASTRUKTUR {JALAN) PERSEKUTUAN, ADALAH DIMAKLUMKAN TIADA PROJEK YANG TERTUNDA ATAU TERTUNGGAK PADA TAHUN 2006, 2007 DAN 2008. DI DALAM TEMPOH RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN INI, SEBANYAK ENAM (6) BUAH PROJEK TELAH SlAP PEMBINAAN DAN LAPAN (8)BUAH PROJEK SEDANG DALAM PEMBINAAN.

(B) UNTUK MAKLUMAN YANG BERHORMAT JUGA, BAGI PROJEK BANGUNAN PERSEKUTUAN DI BAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN KERJA RAYA PULA, TERDAPAT LIMA (5) PROJEK YANG DILAKSANA DALAM TEMPOH RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN. DARI JUMLAH TERSEBUT TIGA (3) PROJEK TELAH SIAP SEPENUHNYA DAN DUA (2) PROJEK MASIH DALAM PERINGKAT PEMBINAAN.

No comments:

Post a Comment