Thursday, 3 July 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN REKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH: 03-07-2008

SOALAN:
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) apakah rancangan yang berkesan diambil bagi mengatasi masalah sampah di seluruh malaysia; dan
(b) adakah pihak kementerian bercadang untuk membina tempat pelupusan sampah terkini di negeri Johor. Sekiranya ya, bila dan di manakah pembinaannya.

Tuan yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rancangan yang berkesan yang perlu diambil bagi mengatasi maslah sampah (sisa pepejal) adalah mengurangkan penjanaannya baik daripada isi rumah mahupun daripada pihak industri manlalui program 3R iaitu mengurangkan, mengguna dan mengitar semula. Pengasingan dipunca adalah pendekatan yang dijanka dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal yang terpaksa dihantar ke tapak pelupusan. Bagi memastikan pengasiangan dipunca berjalan dengan cepat dan lancar, Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menrancang untuk mengeluarkan peraturan dalam tempoh dua tahun yang akan menmastikan pengasingan di punca dijalankan oleh semuh peringkat masyarakat, indutri dan swasta dalam tempoh dua tahun. Sementara itu, kempen kesedahan awam terus dijalankan bagi menyedarkan dan menyediakan masyarakat tentang keperluan mangasingkan sisa pepejal di punca.

KTKT jua menyediakan kemudahan-kemudahan melupuskan sisa pepejal seperti tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak sanitari dan juga menutup tapak pelupusan sisa pepejal yang berada di kawasan sensitif serta membina insinerator mini.

mengenai tapak pelupusan sisa pepejal di negeri Johor, KPKT dalam perancangan untuk membina sebuah tapak pelupusan sanitari yang baru di Ladang Bukit Bindu, Mukim Linau, Batu Pahat, Johor. Bagaimanapun, isu-isu seperti alam sekitar, kesesuaian tapak dan isu tanah akan diberi perhatian sebelum keputusan muktamad diambil.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Julai 2008

No comments:

Post a Comment