Tuesday, 8 July 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
JAWAPAN OLEH Y.B. DATA' LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
RARIKH : 8 JULAI 2008
SOALAN:

Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor asing yang berkhidmat di Malaysia mingikut tahun dari 2005 hingga kini. Apakah syarat yang dikehendaki oleh doktor asing tersebut dan prosedur untuk pengambilannya.

Tuan Yang di-Petua,

Bilangan doktor asing yang berkhidmat di Malaysia dari tahun 2005 sehingga 11 Jun 2008 adalah seperti berikut:




















TAHUNBILANGAN
2005455
2006585
2007477
2008(sehingga 11 Jun 2008)480

Bilangan pegawai perubatan bukan warganegara ini semakin berkurangan berikut dasar kerajaan yang melantik semula pegawai perubatan wargenegara selepas bersara wajib. Walaubagaimanapun, keperluan untuk melantik pegawai perubatan bukan wargenegara masih lagi diperlukan namun ia hanya terbuka kepada bidang-bidang keritikal sahaja selagi syarat-syarat untuk dilantik deperlui.

Untuk dilantik sebagai pegawai perubatan kontrak bukan wargenegara di Kementerian Kesihatan, seseorang itu hendaklah memenuhui syarat-syarat berikut:

i. berusia di antara 27-50 tahun;
ii. sihat tubuh badan;
iii. menpunyai ijazah perubatan yang diiktiraf oleh Majilis Perubatan Malaysia (MMC); dan

iv. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai pegawai perubatan. Menurut prosedur, pegawai perubatan yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Perkidmatan Awam (SPA) ataupun Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment