Monday, 7 July 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH : 7 JULAI 2008 ( ISNIN )
SOALAN :
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan syarat dan infrastruktur asas yang diperlukan untuk diiktiraf sebagai perbandaran. Adakah "garbage incinerator" terkini, kompleks sukan yang bertaraf antarabangsa (kolam renang), kemudahan pengangkutan pengangkutan awam yang sistematik diperlukan.

JAWAPAN:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu panduan yang mengandungi kriteria-kriteria bagi tujuan naik taraf sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara kriteria utama bagi membolehkan sebuah PBT dinaiktaraf kepada perbandaran adalah jumlah penduduk tidak kurang daripada 150,000 orang, hasil tahunan tidak kurang daripada RM20 juta dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan. Kriteria yang diwujudkan ini adalah untuk memastikan PBT yang telah dinaiktaraf berupaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Walau bagaimanapun, pertimbangan khas boleh diberikan atas perakuan Kerajaan Negeri ke atas mana-mana cadangan naik taraf PBT berasaskan dasar-dasar tertentu.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Julai 2008

No comments:

Post a Comment