Tuesday, 29 July 2008

Pertanyaan Persidangan Parlimen bulan Ogos 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA 18 OGOS - 29 OGOS 2008

JAWAB LISAN

1. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kerja Raya bahawa apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh JKR tentang projek-projek yang tertunda dan tertunggak di seluruh negeri Johor pada 2006/2007/2008? Berapakah projek yang telah dan sedang dijalankan di seluruh negeri Johor ?

2. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri bahawa sejak 2006/2007/2008, berapakah bilangan penduduk tetap di Johor yang manjadi warga Malaysia?Apakah syarat-syarat yang diperlukan?

3. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pendidikan bahawa berapakah bilangan pelajar yang tidak meneruskan sekolah selepas UPSR dan PMR ? Apakah langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menolong golongan pemuda-pemudi tersebut sejak 2006/2007/2008.

4. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kesihatan bahawa berapakah jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis pada setiap daerah di negeri Johor ? dan bilangan hospital yang telah menyediakan kemudahan mesin dialisis pada 2006/2007/2008. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pesakit?

5. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa berapakah jumlah sekolah rendah dan menengah untuk OKU di setiap daerah di negeri Johor? Serta bilangan pelajar dan nisbah jantina mengikut peringkat pendidikan di sekolah rendah dan menengah? Apakah bentuk subsidi dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk menolong mereka?

6. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri bahawa berapakah kes peragut, kes rogol, penagih dadah dan pecah rumah yang telah dilaporkan di setiap daerah di negeri Johor pada 2006/2007/2008? Berapakah kes yang telah diselesaikan oleh PDRM? Berapakah kes yang telah dihukum oleh mahkamah? Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kes-kes jenayah.

7. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa apakah jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk menolong ibu tunggal, warga emas dan warga miskin di setiap daerah di negeri Johor? Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima serta berjaya mendapat bantuan?

8. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa berapakah projek perumahan dan bangunan komplek tertunggak di seluruh negeri Johor? Apakah langkah yang diambil untuk menolong pembeli-rumah? Apakah jenis tindakan yang sudah diambil terhadap para pemaju yang gagal melaksanakan projek-projek mereka ?

9. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa nyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada di negeri Johor sejak 2006/2007/2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelabur-pelabur di Johor? Senaraikan negara-nagara yang telah melabur di Johor?

10. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Perlancongan bahawa dari negara mana pelancong-pelancong yang melawat Johor ? Berapa lama tempoh mereka berada di negeri Johor and jumlah keuntungan yang diperolehi dari bidang industri pelancongan pada 2006/2007/2008. Apakah tempat yang telah diistiharkan oleh kerajaan sebagai 'historical spot' di negeri Johor.

JAWAB BERTULIS

11. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Sumber Manusia bahawa bilangan pengangguran di setiap dearah di negeri Johor pada 2006/2007/2008 mengikut golongan umur,jantina dan bangsa. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

12. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa nyatakan bilangan pekerja yang berkhidmat di KPTK. Berapakah kes salahguna kuasa oleh pegawai-pegawai KPTK pada 2006/2007/2008. Apakah tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Berapakah jumlah pegawai-pegawai yang telah digantung/letak jawatan kerana tindakan displin.

13. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pengangkutan bahawa adakah pihak Puspakom berhak meningkatkan harga pemeriksaan kenderaan. Adakah kerajaan merancang menlanjutkan kontraknya yang dijangka tamat pada 2009.

14. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kewangan nyatakan kebaikan GST kepada rakyat dan sebaliknya ? bilakah GST akan dilaksanakan ? Jika tidak, mengapa ?

15. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Perdana Menteri bahawa berapakah jumlah pembiayaan yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri kepada daerah-daerah di negeri Johor pada 2006/2007/2008 ? Nyatakan bila serta berapakah jumlah yang telah ditunaikan dan sebaliknya ,adakah pembiayaan tersebut telah dikenal pasti telah digunakan dengan sempurna.

2 comments:

  1. YB Er,
    Komen2 seperti berikut;-

    soalan 1) minta senarai projek, nama kontraktor/sub yang tertunda, sedang & akan dijalankan. Apakah sebaba tertunda & penalti dikenakan ke atas kontraktor yang gagal melaksanakan tugas & keberkesanan tindakan2 yang diambil oleh pihak berkuasa.

    soalan 2)minta senarai statistik nama, warga@kaum, jantina & agama yang dapat IC. Syarat2 permohonan & prosedur2 yang terkini daripda KDN.

    soalan 3) minta senarai statistik nama aliran sekolah,lokasi@kawasan, negeri, nama, kaum & jantina. Keberkesanan langkah2 untuk membimbing juwani .

    soalan 4) jika ada bantuan kewangan, minta senarai penerima & jumlah wang yang diperolehi.

    soalan 5) minta senarai nama sekolah, penerima. Apakah syarat2 & prosedur yang terlibat ?

    soalan 7) minta senarai nama penerima & syarat2 pemohonan & pihak berkuasa yang berkenaan.

    soalan 8)minta jenis tindakan yang diambil & senarai keberkesanan kes2 terlibat.

    soalan 9)minta senarai nama negara, jenis perindustrian, paid-up kapita, syer holder, insentif2 & peluang pekerjaan.

    soalan 10)jika ya, pihak yang bertanggungjawab & garis panduan untuk naikkan harga pemeriksaan. Berapakah agensi & syarat2 pemohonan selepas tamatnya kontrak monopoli Puspakum pada 2009 ?

    ReplyDelete