Tuesday, 10 November 2009

Pembahasan mengenali sokongan Kerajaan kepada 15 Films Malaysia

DR. 10.11.2009 ms 77

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Boleh...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, mahu beri laluan Yang Berhormat?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Boleh beri laluan.

Puan Heng Seai Kie: Okey, silakan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Saya ingin mendapatkan pandangan Timbalan Menteri tentang kesampaian keMalaysiaan yang dipamerkan oleh 15 filem Malaysia. Adakah kementerian merasakan perlu menggalakkan penyiaran filem sebegini untuk menunjukkan keunikan masyarakat yang berbilang kaum dan realiti yang berlaku di negara kita? Sehingga hari ini apakah bentuk galakan, bantuan, dan subsidi diberikan kepada pihak yang terlibat dalam perfileman sebegini oleh kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri.

Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan atau isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Kerajaan memang bangga dengan
pencapaian yang telah dicapai oleh kerajaan Melaka. Kerajaan Melaka memang sebuah negeri yang proaktif dan boleh dijadikan sebagai satu contoh kepada negeri-negeri lain dalam pembangunan industri perkampungan perfileman ini.

Jadi untuk menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kementerian ini memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa bagi Kerajaan Barisan
Nasional, kita memang menjaga kepentingan semua negeri tidak kira sama ada ia di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional ataupun dipimpin oleh Kerajaan PKR. Untuk menjawab iaitu isu yang dibangkitkan mengenai siaran cerita “15 Malaysia” itu, kerajaan memang membantu cerita-cerita seperti ini iaitu perfileman seperti ini melalui dana yang diperuntukkan di bawah FINAS.

No comments:

Post a Comment