Tuesday, 10 November 2009

Pembahasan mengenali tanggungjawab TNB semasa berlaku gangguan elektrik

DR. 10.11.2009 ms 90

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, boleh beri laluan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kerana memberi peluang kepada saya. Apakah pandangan Menteri tentang maklumat TNB yang menyatakan blackout, dengan izin, bukan tanggungjawab mereka dan notis tidak perlu diberikan awal? Hakikatnya ialah alat elektrik akan rosak setelah elektrik disambung semula, di mana muatannya akan tidak consistent, dengan izin. Kerugian kerosakan alat elektrik adalah tidak dipertanggungjawabkan oleh mana-mana pihak. Adakah ini adil kepada pengguna TNB? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

sambong dari ms 93
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui: Ya nanti sambung, ya boleh sambung nanti, kita boleh sambung. Mengenai Yang Berhormat Bakri tadi sama ada TNB keluarkan notis atau tidak, saya rasa TNB keluarkan notis jika gangguan elektrik itu adalah schedule gangguan maknanya setiap kawasan perlu di service jentera-jentera tersebut, perlu diselenggarakan, dan sebab itu dia perlu ada stoppage.

Stoppage yang dipelankan, maksudnya dengan izin, planned stoppage. Kita kena ada, kalau ada planned stoppage ini, ia memang keluarkan notis kepada semua pelanggan yang kena, tetapi unplanned stoppage itu apa boleh buat, kalau kilat terus menyebabkan satu transformer terbakar, apa boleh buat, itu luar biasa, bagaimana TNB hendak mengeluarkan notis? Oleh itu masalah yang sering menyebabkan saya menerima surat daripada pelanggan yang mengatakan TNB tidak berpatutan. Kita cuba apa yang munasabah, jikalau TNB melakukan sesuatu yang tidak munasabah, kita memang boleh meminta TNB membayar pampasan.

No comments:

Post a Comment