DR. 10.11.2009 ms 43
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, boleh...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Ini belia kampung Yang Berhormat Menteri.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Beri laluan kepada saya? Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut tentang prestasi sukan tetapi tidak mengadakan...
Tuan Yang di-Pertua: Jangan ganggu, jangan ganggu Ahli Yang Berhormat. Sila, sila Yang Berhormat Bakri.
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sedikit.
Dato' Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Ini soal budaya, budaya.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau duduk. Duduk dahulu Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Ahmad Shabery Cheek: Yang Berhormat Lenggong saya sudah jawab dua kali.
Tuan Yang di-Pertua: Belum selesai lagi soalan daripada Yang Berhormat Bakri...[Ketawa]
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Ini sukan utama negara Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Tuan Yang di-Pertua, macam penonton bola sepak juga Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Belum selesai lagi. Bagi siapa dahulu Yang Berhormat Bakri?
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya bukan hendak cerita bola sepak. Saya hendak cerita dengan berenang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Persoalan saya tentang Kolam Renang Muar yang terbiar lebih daripada sepuluh tahun. Kolam ini merupakan satu-satu tempat untuk mencungkil bakat atlet renang di samping sebagai tempat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kolam Renang Muar. Betullah itu.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Rekreasi seperti mana yang dimaklumkan daripada MPM bahawa masih tiada cadangan oleh kementerian berkenaan untuk membaik pulih kolam renang tersebut. Adakah Yang Berhormat Menteri akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberikan peruntukan untuk baik pulih Kolam Renang Muar dalam masa yang terdekat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sila, sila.
ms 45
Dato' Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, kita tengah bola tadi masuk cerita kolam renang melainkan di Bakri kita hendak main bola dalam kolam renang ya.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, lepas dia main baru dia berenang. Itu maksudnya...[Ketawa]
No comments:
Post a Comment