Friday, 4 September 2009

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN FAKIR MISKIN SEMPENA BULAN RAMADAN OLEH AHLI PARLIMEN KAWASAN BAKRI

[P9050002_resize.JPG]

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa bersama ahli Pakatan Rakyat telah turun pandang ke Parit Baru untuk memberikan sumbangan dan bantuan keperluan asas kepada penduduk fakir miskin dan ibu tunggal pada petang 29hb, Ogos 2009.
[P9050011_resize.JPG]

Di samping memberikan bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula pasir, tepung gandum, teh dan buah kurma kepada golongan fakir miskin dan ibu tunggal, program anjuran bersama pemberian bubur lampuk oleh DAP, PAS dan PKR juga diadakan. Ini bertujuan memberitahu rakyat Malaysia yang berbilang kaum bahawa Pakatan Rakyat yang berlatarbelakang ideologi politik dan agama yang berbeza sanggup melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Ketua PAS Bahagian Parit Baru, Haji Shanon, bekas calon PKR kawasan Bukit Naning, Haji Kusni Simon dan AJK Angkatan Muda Keadilan Bahagian Muar, Ahmad Anwar Asyraf.
[P9050032_resize.JPG]

YB Er telah memberikan ucapan ringkas tentang perlakuan harian manusia yang berbagai agama akan menentukan kehidupan akhirat nanti. Beliau memetikkan kata-kata bernas Tok Guru, Dato Nik Aziz bahawa ciptaan dunia oleh Tuhan merupakan sedekah yang perlu dijunjung kasih oleh manusia. Segala perlakuan yang baik merupakan pahala yang akan dinilai di dunia akhirat. Ibadah bukan setakat sembahyang tanpa merendah diri kepada Allah. Manusia sentiasa tertakluk di bawah Tuhan. Manusia yang berkemampuan perlu sentiasa menolong mereka yang lemah, miskin dan tidak bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang politik dengan hati yang jujur dan ikhlas.
[P9050021_resize.JPG]

Setelah selessai majlis penyampaian bantuan tersebut, bubur lampuk yang telah siap bungkus telah dihantar ke pasar malam untuk diagihkan kepada orang ramai. Pekedai Muslim tempatan juga menyahut program ini dengan mendermakan sayuran, tepung gandum dan gula pasir kepada orang ramai. Dalam suasana meriah dan sambutan yang baik, bubur lambuk dan derma telah kehabisan dalam sekelip mata. Menurut penduduk tempatan, ini adalah kali pertama seorang wakil rakyat bukan muslim tampil diri ke kawasan kampung Melayu . Lebih-lebih lagi penduduk tempatan juga terpegun dengan kedatangan dan bantuan YB Er dalam bulan Ramadan. Tiadapun seorang wakil rakyat bukan muslim BN jejak ke sana selama ini. Ini menunjukkan YB Er adalah seorang wakil rakyat yang perihatin dan sanggup memafami dan bekerjsama dengan masyarakat muslim. Tindakan menderma oleh Pakatan Rakyat ini bukan sahaja mendapat sambutan yang baik, bahkan semangat silaturahim yang dijalin makin erat antara mereka yang berbagai kaum dan agama.
[P9050040_resize.JPG]

Sudah diketahui umum bahawa kawasan Parlimen pembangkang memperolehi peruntukan Persekutuan untuk kebaikan kawasannya adalah mustahil. Sepertimana kenyataan PM bahawa setiap wakil rakyat berhak mendapatkan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM 1 juta dalam sedang Dewan Rakyat yang lepas. Duit peruntuksan itu berasal daripada pungutan cukai orang ramai yang sepatutnya disalurkan semula untuk kebaikan rakyat tanpa ambilkira latar belakang sosial- politik dan agamanya. Bukan sebagai alat untuk menggertak rakyat ! YB Er telah melakukan pemohonan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sejak Julai, 2009 untuk kawasan Bukit Naning iaitu merangkumi bantuan Buka Puasa untuk masjid dan surau tempatan, bantuan untuk golongan fakir miskin dan ibu tunggal serta bantuan perayaan Aidilfitri untuk muslim dan musliman tempatan. YB Er telah mengunjung pejabat PPNJ untuk mengetahui status permohonan peruntukan tersebut. Maklum balas daripada Setiausaha PPNJ ialah mereka tidak melarang sesiapapun untuk memohon peruntukan, wakil rakyat pembangkang juga boleh menulis permohonan seperti orang awam, tetapi tidak perlu mengetahui maklumat terperinci, cara dan perkembangan sebab keputusan akhir adalah tertakluk kepada mereka. Lagipun peruntukan ini sepatutnya untuk parti pemerintah sahaja. (dengan nada tinggi dan hidung tak mancung macam mat salleh berkata, “peruntukan ini for ruling party only”). Gelagatnya bagai jelongak kerbau rampung. Daripada kunjungan PPNJ ini seakan kerajaan BN ingin wakil rakyat pembangkang memaklumkan kepada rakyat bahawa cara pembelanjaan wang peruntukan adalah hak BN, tak perlu dipersoalkan. Pegawai perkhidmatan awam berkenaan tidak mengerti integrati kerjanya dan perlu bebas daripada pengaruh politik.
http://1.bp.blogspot.com/_GQALRcKR7V8/Ss7i_gqadsI/AAAAAAAAABw/supcPf5J1AM/s1600/P9050061_resize.JPG

Dalam keadaan serba kekurangan, pihak peniaga Muar sanggup menderma untuk menjayakan program bantuan ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara-mara Pangkatan Rakyat, pihak penganjur, penderma serta penduduk kampung yang sama-sama menikmati rahmat program ini. Diharapkan program untuk kebaikan rakyat ini akan disusul dan diteruskan.

Er Teck Hwa
04/09/2009

No comments:

Post a Comment