Thursday, 17 September 2009

IKTIBAR DARIPADA PINDAAN FASAL 23(5) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR

IKTIBAR DARIPADA PINDAAN FASAL 23(5) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR

Fasal 23(5) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Negeri Johor sejak tahun 1895 memperuntukkan kuasa menentukan sesuatu kekosongan luarjangka di DUN adalah hak dan kebebasan mutlak DUN dan dikuatkuasakan oleh Speaker untuk menentukan tarikh kesahihan kekosongan itu berkuasa dan pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut. Kedudukan dan kuasa Speaker DUN adalah mutlak dan bebas dari pengaruh agensi-agensi kerajaan.

Ekoran daripada pindaan ini, kuasa untuk menentukan kekosongan luarjangka di DUN dan penentuan tarikh pilihanraya kecil adalah tertakluk di bawah SPR, iaitu sebuah agensi kerajaan Persekutuan. Dengan kata lain, SPR sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan akan diperuntukkan kuasa mutlak untuk menentukan pembentukan kerajaan negeri dalam keadaan kemelut ahli-ahli DUN yang ingin lompat parti. Pindaan ini memberikan kesan negatif pada kerajaan negeri yang dibentuk dengan majoriti tipis samada BN ataupu PR memandangkan masalah lompat parti dan politik wang akan berleluasa dan menjejaskan kesucian sistem demokrasi. Bahkan kuasa rakyat untuk memilih sesuatu parti untuk membentuk kerajaan DUN juga akan terjejas.

Sepertimana kenyataan Penasihat Undang-undang Negeri Johor, pindaan fasal ini bertujuan memperuntukkan tatacara pengisian sesuatu kekosongan luarjangka di Dewan Negeri agar selaras dengan perunutkan yang terdapat di dalam Undang-undang Tubuh negeri lain dan Perkara 54 Fasal Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi suatu persoalan yang timbul ialah kenapa pindaan tersebut hanya dilakukan selepas pilihan raya ke-12 (08hb, Mac, 2008) dan konspirasi rampasan kuasa di DUN Perak serta tsunami politik 308 yang memperlihatkan rakyat jelata sudah meluah dengan sistem pemerinthan BN yang bersifat penindasan, manipulasi isu perkauman dan agama, rausah, penyelewengan dan bercanggah dengan kehendak Tuhan. Apakah motif utama pindaan ini dilakukan di Negeri Johor yang merupakan kubu BN ?

Kemungkinan besar BN sudah khuatir dengan kehilangan kepercayaan rakyat dan ingin melakukan sesuatu muslihat untuk memperkukuhkan kepentingan politiknya dan membelakangkan keinginan rakyat. Atas tabdir nasib malang bagi sistem demokrasi Malaysia dengan konspirasi yang dirancangkan oleh BN, mungkin BN akan memerintah sekali lagi dalam pilihan raya ke-13 dengan majoriti tipis dalam Persekutuan mahupun di negeri tertentu. Ini mungkin satu strategi untuk mengekang ahli-ahli dewannya yang menyesal dengan komplot BN dan inginkan keadilan rakyat nanti, melompat parti menyertai PR mereformansikan pucuk permerintahan pusat atau negeri tertentu. Ataupun jika BN telah hilang cengkamannya dalam pilihan raya ke-13, mungkin mempraktikkan taktik kotor untuk mengumpan dengan politik wang, ugutan untuk menarik ahli-ahli dewan PR untuk membentuk kerajaan yang membelakangkan pilihan rakyat sepertimana yang berlaku di DUN Perak. Sebenarnya pindaan ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat umum. Bahkan telah dijadikan alat untuk mengukuhkan kepentingan kerajaan BN.

Dari sini kita boleh memperlihatkan kerajaan BN sudah risau dengan cengkaman politiknya dengan memanipulasikan sistem demokrasi DUN Johor untuk menyerahkan kuasa Speaker yang termaktub dalam Undang-undang Negeri kepada agensi Persekutuan, SPR yang bukan pilihan demokrasi rakyat. Keluhuran Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 yang paling awal di tanah air ini telah tercemar oleh mereka yang berhati syaitan atas tubuh manusia.

Jikalau kerajaan BN ingin menegakkan keadilan dan mengembalikan kepercayaan rakyat, suatu pindaan undang-undang boleh dilakukan, iaitu sesuatu kekosongan luarjangka berlaku apabila seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Negeri yang mewakili parti politik tertentu mengundur diri sebagai ahli dewan bebas, perlu diisytiharkan kerusi yang disandangnya dikosongkan dan pilihan raya kecil disusuli demi mengembalikan kuasa pemilihan rakyat. Kecuali seseorang ahli dewan itu adalah calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik semasa pilihan raya, barulah berhak memilih mana-mana parti selepas dimandatkan oleh rakyat dan dikecualikan daripada rang undang-undang yang dicadangkan.

Iktibar daripada pindaan ini ialah kerajaan BN sudah sedar tentang kemerosotan pengaruh politiknya dan ingin melakukan sesuatu untuk mempertahankan pemerintahan. Kepentingan dan keinginan rakyat masih dibelakangkan ataupun dimanipulasikan demi keutuhan empayarnya. BN percaya bahawa selagi institusi awam seperti penghakiman, PDRM, SPR, SPRM, perkhidmatan am dan sebagainya masih dalam gengaman, berbagai-bagai sandiwara boleh dipermainkan serta isu perkauman dan keagamaan diputarbelitkan oleh media perdana, biarpun dengan kekalahan tipis dalam pilihan raya akan datang, kekuasaan pemerintahan masih boleh dikembalikan dengan dana kekayaan yang terkumpul sejak pemerintahan 52 tahun. Hak rakyat masih boleh diendahkan. Mata rakyat masih boleh ditutupkan. Slogan manis dan wawasan megah masih boleh terus dilaungkan tanpa menepati sasarannya. Rakyat tidak mengenang budi tentang pelaksanaan program kebajikan dan kesanggupan kerajaan BN untuk membela nasib mereka tanpa mengira kaum dan agama! Taktik-taktik kolot ini masih praktikal !! Takhta pemerintahan BN akan kekal abadi !

Diingatkan bahawa kewarasan dan kebijaksanaan rakyat kini pantang dicabar. Rakyat sudah cerdik mata dapat membezakan siapa itu syaitan dan siapa itu imam. Tuan atas tanah air yang suci ini ialah rakyat. Siapa yang ikhlas dan jujur serta merendah diri kepada Tuhan akan dijunjung kasih. Selagi BN masih mabuk dengan menganggap diri sebagai Tuan mutlak atas tanah air suci ini dengan mengeksploitasikan sepuas-puasnya kekayaan negara ini atas kepentingan diri, tindakan pindaan undang-undang negeri tersebut akan membangkitkan lagi kesedaran rakyat tentang kemunafikan dan kekomplotan BN. Semangat cintakan negara oleh rakyat jelata akan mengheret mereka yang berdosa ke neraka api untuk dihukum. Insya-Allah, Negeri Johor yang dianggap sebagai kubu BN, digulingkan sebagai “kubur” BN. Marilah rakyat bersama-sama menjelmakan impian ini, menegakkan keadilan dan menumbangkan kejahatan.
14.09.2009

No comments:

Post a Comment