Tuesday, 29 September 2009

Pertanyaan Persidangan Parlimen bulan OKT 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA 15 JUN - 30 JUN 2009
1) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa VAMTAC dipilih sebagai penggantian G-WAGON dan bukan AV4:

a) Senaraikan perbezaan antara VAMTAC dan AV4 dari segi harga perolehan, kos penyelenggaraan dan prestasi keupayaan.

b) Nyatakan adakah AV4 masih releven dengan kehendak Tentera Darat Malaysia?

c) Kenapa VAMTAC dipilih sebagai pengganti G-WAGON, bukan AV4 buatan Malaysia? (20/102009)

2) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status operasi kenderaan PINZGAUER, DURO DAN G-WAGON TDM serta dasar perolehan kenderaan sokongan TDM:

a) Senaraikan bilangan, kos perolehan, penyelenggaraan dan fungsi yang dipikul oleh kenderaan model berkenalan yang masih beroperasi.

b) Apakah dasar dan polisi perolehan kenderaan sokongan?

c) Kenapakah G-WAGON tidak dinaikkan taraf keupayaan? (20/10/2009)

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab perolehan kenderaan S-5 4X4 dari Korea Selatan untuk PDRM:

a) Senaraikan perbezaan antara S-5 dan AV4 dari segi harga perolehan, kos penyelenggaraan dan prestasi keupayaan kedua-dua kenderaan.

b) Kenapa tidak utamakan penggunaan kenderaan AV4 buatan Malaysia? Apakah punca tersebut?

c) Adakah kerajaan pernah membuka tender tersebut? (21/10/2009)

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh menteri sejak Mac 2009 untuk mencegah banjir kilat di Kampong Poh Chee Leng, Skudai yang berpunca dari Kompleks Briged Ke-7 TDM.

a) Apakah kesimpulan selepas Kementerian berbincang dengan MPJB.

b) Adakah Slit Trap dirancangkan di tapak kejadian. Jika tidak, mangapa? (21/10/2009)

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

a) adakah kementerian bersetuju dengan 11 tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Anti-Cyanide Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman, Raub. Jika ya, apakah tindakan yang akan diambil. Jika tidak, mengapa?

b) jelaskan piawaian yang digunakan untuk penyingkiran alat ujian kimia yang dipasang tidak sampai enam hari. (22/10/2009)

6) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab dan statistik penangguhan kes-kes pembicaraan.

a) apakah langkah-langkah diambil untuk mencegah kes-kes penangguhan pembicaraan berlaku demi menjimatkan masa dan kos serta meningkatkan keberkesanan atur cara kehakiman ?

b) apakah tindakan undang-undang akan dipraktikkan untuk menghukum pihak penyebab penangguhan pembicaraan ? (26/10/2009)

7) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah bajet yang dibelanjakan sejak kempen pasang tali pinggan kelender untuk penumpang belakang dilancarkan.

a) nyatakan senarai jenis perbelanjaan yang telah dilakukan.

b) kenapa penguatkuasaan masih tidak dijalankan sunnguhpun pemasangan percuma telah diberikan kepada jenis kenderaan tertentu? (27/10/2009)

8) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUAGA DAN MASYARAKAT menyatakan amaun peruntukan kebajikan khas untuk ahli parlimen yang diluluskan kepada kawasan parlimen Bakri dari 2000-2009.

a) Senaraikan pecahan kecil termasuk tujuan, tarikh pemohonan dan kelulusan, serta pihak menerima manfaat yang terlibat.

b) Jelaskan syarat-syarat dan prosedur untuk pemohanan tersebut. (28/10/2009)

9) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kerja-kerja pembaikan dan penyelarasan atas Laluan Pintas Muar sehingga Sept. 2009. Jelaskan:

a) status bon pelaksanaan yang dimiliki oleh Ranhill ?

b) status pemberian perakuan siap membaiki kecacatan kepada Ranhill oleh pihak JKR ?

c) kos pembaikan kerosakan dan tarikh perlaksanaan bagi pembahagi jalan “proofing” wire loop? (28/10/2009)

10) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab tiada maklum balas daripada PPNJ mengenai permohonan peruntukan khas Y.A.B. Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen Bakri yang dikemukakan sejak Julai 2009. Adakah sistem/mekanisme pertimbangan dalam menyelenggarakan permohonan tersebut tidak boleh dikemukakan kepada ahli parlimen? Jika tidak, mengapa setiausaha PPNJ memaklumkan sedemikian. Jika ya, mengapa? (29/10/2009)

Soalan Bertulis:

1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANAGAN menyatakan sebab-sebab kadar faedah kad kredit pembankan sebanyak 18% masih dikekalkan memandangkan kadar faedah simpanan dan pinjaman pembankan telah dikurangkan dalam kegawatan ekonomi global.

a) adakah kerajaan membenarkan pihak bank melalui agen untuk memungut hutang ?

b) adakah perlunya kerajaan mengetatkan dan memantau syarat permohonan kad kredit ?

2) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUAGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan dan statistik golongan remaja yang lari dari rumah dalam tempoh 2000-2008.

a) apakah perancangan kesedaran masyarkat dalam menangani masalah lari rumah ini ?

b) sila nyatakan bilangan dan statistik golongan remaja yang lari rumah dieksploitasikan oleh anasir jahat untuk melakukan aktiviti haram.

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUAGA DAN MASYARAKAT menyatakan tempoh pembayaran bantuan OKU selepas sesuatu permohanan diluluskan.

a) adakah kes lambat bayar bantuan OKU sehingga lebih 3 bulan berlaku selepas permohonan diluluskan ?

b) jika ya, apakah permasalahan dalaman yang berlaku dan langkah-langkah pencegahan.

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan statistik warga asing dan pelarian yang memohon dan berjaya mendapatkan Kewarganegaraan sejak tahun 2000. Nyatakan bilangan dan statistik warga asing dan pelarian yang masih terkandas di Malaysia sehingga bulan Sept. 2009.

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan dalam sijil persetujuan SIRIM-QAS term 8.2, ia dikatakan tiada bertanggungjawab atas persijilan "produk" Klien. Contohnya Persijilan Kualiti Sistem ISO. Pengguna tidak sedar tentang term 8.2 dan keputusan pembelian mereka berdasar kepada tanda sijil. Apakah tindakan kerajaan supaya memastikan rakyat tidak keliru kerana tanda "persijilan" ini.

No comments:

Post a Comment