PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA 15 FEBRUARI - 19 MAC 2009
Jawab Lisan
1. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah jumlah pelajar mengikuti kaum yang telah dihantar ke luar negera dalam kos tanggungan kerajaan dan senaraikan jumlah perbelanjaannya pada tahun 2006/07/08. Senaraikan negara-negara yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran dan subjek-subjek utama yang diambil oleh pelajar-pelajar tersebut serta bilangan pelajar yang terlibat. 18-02-09 PR-1221-L18077 PG116 18-02-09
2. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah bilangan kilang-kilang perabut dan senaraikan jumlah nilai eksport industri tersebut di Daerah Muar dan Ledang pada tahun 2005/06/07/08. Apakah dorongan dari kerajaan untuk meningkatkan daya saing industri tersebut. Adakah kerajaan mempunyai pusat perdagangan permenen di luar negara. Jika ya, senaraikan lokasinya. Jika tidak, mengapa? 19-02-09 12 PR-1221-L18078 PG123
3. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kerja Raya menyatakan tarikh siap projek menaiktaraf Jalan Muar-Tangkak? Jelaskan mengapa dalam tempoh yang singkat ini kondisi jalanraya mulai rusak. Senaraikan nama kontrator yang bertanggungjawab dan kos-kos untuk projek ini. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontrator tersebut? Nyatakan jadual untuk memperbaiki jalanraya tersebut? 25-02-09 30 PR-1221-L18081 PG168
4. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pertahanan menyatakan mengapa nombor telefon dan faks bilik gerakan dan Bahagian Hal Ehwal Pelatih JLKN sukar dihubungi dari 9hb ke 14hb Januari 2009? Adakah direktori perhubungan kem di laman JLKN sentiasa dibarui? Siapa yang mangambil keputusan semasa pengarah bercuti panjang sekiranya keluarga pelatih menhadapi kecemasan? Apa langkah-langkah untuk mengatasinya? 26-02-09 78 PR-1221-L18083 PG189
5. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada SJK(C) dalam tahun 2005/06/07/08. Apakah piawaian yang digunakan untuk proses kelulusan? Senaraikan strukur hirarki otorisasi dalam proses tersebut. Bagaimana memastikan jumlah peruntukan yang diluluskan sampai ke pihak penguruan sekolah. 04-03-09 76 PR-1221-L18086
6. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Perdana Menteri menyatakan sejak tahun berapa Kolam Renang Muar ditinggalkan? Jelaskan mengapa fasiliti ini tidak dibuka balik. Apakah tindakan dari pihak berkuasa untuk mangatasi masalah tersebut. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membaikpulihkan kolam Renang Muar. Jika tidak, mengapa? 05-03-09
7. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bolehkah Kerajaan membukakan kandungan khusus Biro Tatanegara untuk pengetahuan umum. Jika tidak, mengapa? Jelaskan tujuan untuk mengadakan kursus kenegaraan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara untuk pegawai sektor awam dan mahasiwa tajaan JPA. 11-03-09 50 PR-1221-L17132 PG269
8. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kanak-kanak tanpa berkewarganegara Malaysia sungguhpun bapa adalah rakyat Malaysia tetapi ibu adalah warga asing pada tahun 2005/06/07/08. Senaraikan secara rinci dengan kaum-kaum yang terlibat pada tahun tersebut. Jelaskan proses perlulusan untuk memberikan kualifikasi kepada kanak-kanak berkenaan. Jika pemohonan gagal, apakah langkah-langkah seterusnya boleh diambil? 12-03-09 9 PR-121-L18096 PG275
9. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Perdana Menteri menyatakan senarai peruntukan yang dijanjikan sebelum Pilihanraya ke 12 kepada kawasan Bakri dan menyatakan berapa kejanjian yang belum ditunaikan dan bila peruntukan tersebut akan ditunaikan. 18-03-09 54 PR-1221-L18097 PG322
10. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes penipuan melalui telefon bimbit/talian tetap telah dilaporkan pada tahun 2006/07/08. Berapakah kes penipuan ini telah diselesaikan dalam tempoh tersebut. Adakah kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Jika ya, jelaskan langkah-langkah yang telah diambil. Jika tidak, mengapa? 19-03-09 52 PR-1221-L18101 PG335
Jawab Bertulis
1. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah premium motosikal yang dikumpulkan oleh perusahaan insurans pada tahun 2005/06/07/08. Senaraikan Kompensasi yang sudah diberi pada tempoh tersebut. Jelaskan alasan-alasan untuk meningkatkan premium insurans motorsikal? 377 PR-1221-T18107
2. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah langkah-langah untuk mengatasi banjir lumpur kilat di Kampong Poh Chee Leng, Skudai yang diakibatkan oleh pembinaan Kompleks Briged Ke-7 Tentera Darat Malaysia. Jelaskan mana pihak yang bertanggungjawab atas projek ini dan tindakan-tindakan yang akan diambil untuk mangatasi masalah tersebut. 378 PR-1221-T18108
3. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pelancongan menyatakan adakah kerajaan merancang mamajukan tapak persinggahan burung di Pantai Leka, Parit Jawa, Muar sebagai habitat pemeliharan alam semulajadi untuk penarikan pelancong. Jika ada, bila projek tersebut akan dilaksanakan dan jumlah peruntukan yang diberi dan ke pihak mana? Jelaskan kempem promosi yang akan dilaksanakan. 379 PR-1221-T18111
4. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah kompaun yang dikeluarkan dan wang kompaun yang dikutipkan oleh JPJ pada tahun 2006/07/08. Jelaskan secara rinci dengan jenis kenderaan, umur pemandu dan jenis kesalahan yang terlibat pada tempoh tersebut. Adakah cara menyaman ini berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalanraya? Jika ya, mengapa? 380 PR-1221-T18116
5. Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah minor offenders termasuk samun dan pecah masuk rumah yang dihukum pada tahun 2005/06/07/08. Senaraikan secara rinci dengan tempoh penjara, umur, kaum kepada pelanggar-pelanggar tersebut. Antara pelanggar-pelanggar yang tersebut diatas, memperincikan berapa jumlah ex-offenders yang terlibat serta kes-kes yang terlibat pada tahun 2005/06/07/08. 381 PR-1221-T18120
No comments:
Post a Comment