PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA 15 JUN - 30 JUN 2009
Jawab Lisan
1) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan mengenali kegunaan cyanide di perlombongan emas di Bukit Koman:
a) mengapa EIA yang diluluskan 10 tahun dahulu digunakan sebagai dasar pelepasan LAM kepada syarikat perlombangan berkenaan?
b) adakah JAS enggan mengarahkan RAGM mengemukakan DEIA semasa penduduk-penduduk tempatan memohonkannya. Jika ya, mengapa? Jika tidak, serahkannya.
2) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Mentari Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan tindakan yang sudah diambil selepas penduduk-penduduk perkampongan Bukit Koman jatuh sakit kerana menghidu wasap yang dikeluarkan oleh syarikat perlombongan emas sejak Mac 2009.
a) adakah dan bila siasatan dijalankan?
b) mengapa ‘Carbon in Leach’ digunakan dalam tapak kilang dimana jaraknya kurang dari 1km dari kawasan perdiaman?
3) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Mentari Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan adakah Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. memberi sebarang bon (bond) untuk memastikan langkah-langkah pemulihan boleh dilaksanakan dengan betul sekiranya pencemaran berlaku di Bukit Koman. Jika ya, tunjukkan buktinya. Jika tidak, mengapa?
4) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenali penubuhan industri petrokimia dan maritim di Sungai Pulai:
a) mengapa EIA berkenaan boleh diluluskan sedangkan kesilapan-kesilapan yang dikemukakan oleh universiti dan NGO sebelum ini?
b) Adakah DEIA sudah dikemukakan. Jika ya, dimana?
c) Adakah langkah-langkah pemuliharaan dan kemudahan diwujudkan di tapak RAMSAR Sungai Pulai sejak 2003?
5) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan mengapa jarak zone industri petrokimia dan maritim di Sungai Pulai dibina kurang dari 1 km dari kawasan Kampung di Muki Serkat, Pontian memandangkan Kajian menunjukkan bahawa penduduk-penduduk yang menetap di lingkungan 3 km dari kawasan industri petrokimia menghadapi risiko tinggi menghidapi penyakit kanser dan kelahiran awal kepada bayi?
6) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kerja Raya menyatakan mengapa 60% daripada Pintasan Muar mengalami struktuk jalan yang tidak rata.
a) Adakah dan sejak bila kajian kerosakan dijalankan. Jika tidak, mengapa?
b) Bilakah kerja pembaikan akan dilaksanakan?
c) Apakah tindakan yang sudah diambil terhadap Ranhill Corporation SDN.BHD. kerana gagal melakukan pembaikan?
7) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa kes-kes kemalangan berlaku di Pintasan Muar sejak 2005 sehingga kini. Senaraikan pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut berikut jenis kenderaan, umur, jantina, bulan dan masa kemalangan berlaku.
a) apakah punca-punca utama kemalangan ini
b) apakah langkah-langkah yang sudah diambil untuk mengatasinya.
8) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan nisbah polis-penduduk, index jenayah dan bilangan kes selesai di setiap daerah di Johor pada tempoh tahun 2007, 2008 and 2009. Adakah PDRM Johor akan mengikut contoh seperti PDRM KL memberikan maklumat index jenayah kepada media pukul 3 petang harian. Jika ya, bila?
9) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah asas-asas pertimbangan untuk pertubuhan kem askar Watania di setiap kawasan parlimen?
a) Berapakah kos keseluruhan untuk pembinaan yang terlibat.
b) Berapakah pegawai dari anggota tentera yang diperlukan untuk Perbaikan & Pemeliharaan kem-kem tersebut.
10) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) meminta Perdana Menteri menyatakan mengenali projek yang dilaksanakan di kawasan Bakri di bawah peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM500,000 untuk setiap kawasan Parlimen.
a) Senariakan projek, kos projek dan syarikat yang melaksanakan projek dari 2000 hingga 2009.
b) Jelaskan aturan-aturan untuk pemohonan secara terperinci.
Soalan Bukan Lisan
1) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengenali tahanan di bawah akta ISA sejak 1965 sehingga kini:
a) Senaraikan berikut nama, jantina, warga negara, umur semasa ditahan, tujuan ditahan, tarikh ditahan and lepasan.
b) Senaraikan kes kematian yang berlaku semasa tahanan, berikut nama, tarikh dan punca kematiannya.
2) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah cukai pendapatan individu yang dikutip dari tempoh 2000 hingga 2008.
a) Senaraikan mengikut negeri, jantina, golongan umur dan agama.
b) Senaraikan mengikut kaum memandangkan database pembayar cukui mengandungi data MyKad dan salah satu maklumat boleh dibaca daripadanya ialah jenis bangsa.
3) Y.B. Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa kes-kes kemalangan berlaku di lebuhraya antara Pagoh dan Tangkak sejak 2000 sehingga kini. Senaraikan pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut berikut jenis kenderaan, umur dan jantina.
a) apakah punca-punca utama kemalangan ini
b) apakah langkah-langkah sudah diambil untuk mengatasinya.
4) YB Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Pertanian & Industri Asas Tani menyatakan berapakah bilangan nelayan yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan Daerah-aliran Sungai Pulai mengikut kaum. Berapakah pendapatan tahunan dari sektor perikanan di kawasan tersebut dari tahun 1998 hingga 2008?
5) YB Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berapakah jumlah pinjaman RM 3,000 yang telah diluluskan sejak Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang dianjurkan oleh Majlis Penggalakan Eonomi Belia (MPEB) berpandukan negeri, daerah, jantina, kaum dan bidang perusahaan yang terlibat. Apakah keberkesanan program ini untuk memggalakkan dan menjayakan golongan belia untuk menjalankan perusahaan individu?
No comments:
Post a Comment