Sunday, 24 May 2009

Ibu pejabat DAP diserbu polis

May 23, 09 7:44pm

Sepasukan pegawai polis menggeledah ibu pejabat DAP di Petaling Jaya dalam siasatan terhadap sekumpulan penyokong parti itu yang ditahan di Ampang Jaya kelmarin.

Sebelas anggota tiba di pejabat jam 6.25 petang tadi di Taman Paramount bersama ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Ooi Leng Heng yang berpakaian seorang tahanan reman.

Ooi direman dua hari di balai polis Ampang dalam perhimpunan nyalaan lilin bersama ADUN Teratai, Jenice Lee, Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira sejam itu, polis turut merampas satu unit komputer, cakera padat dan alat pendengar digital.

Baca selanjutnya di Malaysiakini

No comments:

Post a Comment