Saturday, 11 July 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH MENERIMA :

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah pinjaman RM3000 yang telah diluluskan sejak Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang dianjurkan oleh Majlis Penggalak Ekonomi Belia (MPEB) berpandukan negeri, daerah, jantina, kaum dan bidang perusahaan yang terlibat. Apakah keberkesanan program ini untuk menggalakkan dan menjayakan golongan belia untuk menjalankan perusahaan individu.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Sehingga kini, seramai 5,032 orang belia dengan peruntukan sebanyak RM11,498,000.00 telah menerima manfaat menerusi Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) yang menyediakan bantuan peralatan sehingga RM3,000.00. Jenis perniagaan yang dijalankan adalah dalam pelbagai bidang iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan penternakan. Pada masa ini, Kementerian Belia dan Sukan sedang menjalankan pemantauan ke atas belia yang terlibat bagi melihat keberkesanan program ini.

No comments:

Post a Comment