PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH MENERIMA :
SOALAN
Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa kes-kes kemalangan berlaku di lebuh raya antara Pagoh dan Tangkak sejak 2000 hingga kini. Senaraikan pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut mengikut jenis kenderaan, umur dan jantina:-
a. apakah punca-punca utama kemalangan ini; dan
b. apakah langkan-langkah yang telah diambil untuk mengatasinya.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua,
Jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di lebuh raya antara Pagoh dan Tangkak sejak tahun 2000 sehingga Mac 2009 adalah sebanyak 958 kes. Manakala jumlah kemalangan maut adalah sebanyak 319 kes dan jumlah kematian adalah sebanyak 253 kes. Sementara itu dalam tempth yang sama, sebanyak 461 kenderaan terlibat dengan kemalangan maut di lokasi tersebut di mana kenderaan persendirian merekodkan jumlah kemalangan maut yang tinggi iaitu sebanyak 194 kes.
Hasil penilaian ke atas kemalangan maut bagi tahun 2000 sehingga Mac 2009, didapati pemandu di antara 21 hingga 25 tahun merupakan golongan yang banyak terlibat dalam kemalangan. Manakala dari segi kategori jantina pula, kaum lelaki merupakan golongan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan maut iaitu 145 kes berbanding kaum wanita yang hanya mencatatkan sebanyak 10 kes.
Tuan Yang Dipertua,
Mengikut hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara punca kemalangan jalan raya atau kemalangan maut adalah seperti berikut:
i. memandu melebihi had laju;
ii. memandu terlalu dekat dengan kenderaan hadapan;
iii. memandu dengan cuai;
iv. membuat pusingan secara merbahaya;
v. lebih muatan penumpang; dan
vi. dilanggar oleh kenderaan lain terutamanya penunggang dan pembonceng motosikal.
Manakala antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah kemalangan jalan raya adalah seperti berikut:
i. Kerajaan telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 – 2010 yang telah menggariskan 9 strategik yang merangkumi program-program intervensi pendidikan, penguatkuasaan dan kejuteraan untuk mengurangkan kadar kematian di kalangan pengguna jalan raya;
ii. mempertimbangkan program advokasi pemakaian topi keledar berwarna cerah bagi penunggang dan pembonceng motosikal;
iii. mengadakan perangkap laju bagi menangkap pemandu yang suka memandu melebihi had laju;
iv. kekerapan rondaan oleh kereta peronda dipertingkatkan;
v. membina lorong motosikal bagi semua jalan persekutuan secara berperingkat; dan
vi. mewajibkan semua penumpang kenderaan persendirian untuk memakai topi pinggang keledar belakang mulai Januari 2009 sebagai satu langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian semasa kemalangan jalan raya.
No comments:
Post a Comment