Saturday, 11 July 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH MENERIMA :

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah bilangan nelayan yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan aliran Sungai Pulai mengikut kaum. Berapakah pendapatan tahunan dari sektor perikanan di kawasan tersebut dari tahun 1986 hingga 2008.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Pada tahun 2009, bilangan nelayan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia di aliran Sungai Pulai adalah seramai 125 orang manakala yang tidak berlesen pula seramai 100 orang. Majoriti yang mempunyai lesen adalah terdiri daripada kaum Melayu dan hanya 2 orang sahaja dari kaum Cina. Purata pendapatan mereka adalah sekitar RM600 hingga RM800 sebulan dan hanya segelintir sahaja yang berpendapatan RM1,000 ke atas.

No comments:

Post a Comment