Tuesday, 7 July 2009

Dato’ Chua Jui Meng, Jangan Memandang Rendah Kebijaksanaan Dan Kewarasan Rakyat Lagi

Rakyat agak terpegun dengan kenyataan akhbar Dato’ Chua Jui Meng pada 6hb Julai 2009 yang mencabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selaku Ketua Penyelaras BN bagaimana hendak memenangi balik kawasan Bakri dengan membongkarkan kegagalan perlaksanaan projek Amulatory Care Centre yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat pada tahun 2003 dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta. Pusat kesihatan baru yang terancang ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat di sekitar Johor Utara telah dijanjikan oleh BN Bakri semasa kempen pilihanrayq ke-11. Tetapi malangnya Dato’ Chua Jui Meng telah dipinggirkan oleh pucuk pimpinan MCA dan dilucutkan jawatan selaku Menteri Kesihatan dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas pilihanraya ke-11.

Ini telah mendedahkan kejahilan Dato’ Chua Jui Meng tentang tanggungjawab dan intergriti sebagai ahli parlimen; seoah-olah beliau tidak perlu bertanggungjawab atas kegagalan perlaksanaan projek tersebut setelah tidak dimahkotakan sebagai Menteri Kesihatan. Selaku ahli parlimen yang senior (5 penggal) perlu memantau dan memastikan segala projek yang tertera dilaksanakan dengan lancar demi kebaikan rakayat, khususnya di kawasan beliau. Lagipun selaku wakil rakyat pemerintah, perlu menjaga kebajikan rakyat yang dimandatkan dengan jujur; bukan mencaturkan nasib rakyat untuk memperkukuhkan karier politik peribadi.

Beliau selaku bekas menteri perlu sedar bahawa tugas menteri ialah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat; sebagai seorang pemimpin yang berperikemanusiaan dan berhati rakyat perlu membetulkan segala penyelewengan yang berlaku, bukan menolak tanggungjawab kepada pihak lain dengan alasan tanpa proforlia menteri dijawat. Pada hakikatnya rakyat tempatan pernah terkilan dan termegah dengan jawatan Menteri Kesihatan beliau, tetapi kini rakyat telah sedar dan meluah atas amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan kroni-kroni BN, penyelewengan projek-projek kerajaan dan permainan emosi perkauman untuk keutuhan kuasa kapitalis dan politikus BN, lantas BN tumbang di kawasan Bakri pada 08hb, Mac, 2008. Kalau Dato’ Chua Jui Meng kekal dengan sikap jahil dan sengaja memperbodohakn minda rakyat, boleh cuba nasib di kawasan Bakri dengan ujian legensi yang terakhir pada pilihanraya ke-13. Rakyat akan sudi menilai sendiri siapa yang patuh menaruh harapan demi bangsa dan Negara.

Rakyat tentu tidak berminat atas pertelingkahan dalaman MCA antara beliau dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Keangkuhan beliau tidak hadir ke mesyurat BN di Muar kebelakangan ini adalah wayang kulit yang hanya diminati oleh ahli-ahli part yang tidak mengerti apa itu kecekapan, keadailan dan ketelusan dan sentiasa mengaibkan harapan rakyat. Kalau beliau menganggap diri telah dianiaya dan sentiasa suci apabila berdepan dengan Tuhan, sila dedahkan segala penyelewengan projek pusat kesihatan tersebut kepada awam, meminta maaf dan tarik diri daripada BN untuk bersama rakyat menuntut keadilan dan menjatuhkan kerajaan munafik BN.

Sungguhpun Dato’ Chua Jui Meng selaku ahli Parlimen Bakri 5 penggal dan pernah menjawat menteri yang digeruni, tetapi jangan memandang rendah kebijaksanaan dan kewarasan minda rakyat yang mengerti hak sebenar. Rakyat tahu menilai siapa itu anjing dan siapa itu pembela nasib mereka. Tanah air suci ini yang dikurniakan oleh Tuhan dengan pelbagai kekayaan telah dieksploitasikan oleh Umnoputera yang disokong oleh konco-koco dan anjing-anjing MCA dan MIC untuk kepentingan parti dan peribadi dan menjahanamkan hak asasi rakyat selaku tuan sebenar.

Dinasihatkan Dato’ Chua Jui Meng jangan mabuk dengan legend peribadi dan cuba mengaburkan mata rakyat lagi dengan kewibawaan yang tercemar dengan kenyataan yang mengelirukan. Rakyat yang telah jelik mata dan matang fikiran tidak akan terpedaya dengan mainan politik yang kotor. Rakyat hanya akan menaruh harapan bangsa dan Negara ke atas tokoh yang telus, jujur dan perihatin rakyat. Rakyat sentiasa menolak rasuah, munafik dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat sanggup korban diri demi menjamin masa depan yang baik untuk generasi akan dating; seperti kata pepatah Melayu, “biar putih tulang, jangan putih mata”.

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

No comments:

Post a Comment