Monday, 30 November 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH MENERIMA :30-11-2009
NO Soalan : 333

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan statistik warga asing dan pelarian yang memohon dan berjaya mendapatkan kewarganegaraan sejak tahun 2000. Nyatakan bilangan dan statistik warga asing dan pelarian yang masih terkandas di Malaysia sehingga bulan Sept 2009.


JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Kementerian Dalam Negeri telah menerima sejumlah 32,326 permohonan kewarganegaraan dari tahun 2000 sehingga 30 September 2009. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 4,020 permohonan telah diluluskan dan dikeluarkan Sijil Warganegara Malaysia.

Melalui rekod Jabatan Imigresen Malaysia pada Jun 2009, jumlah warga asing yang berada di negara ini ialah seramai 12,014,143 orang. Manakala rekod UNHCR pada Ogos 2009 menunjukkan seramai 55,048 orang 'pelarian' yang masih berada di negara ini dan dari jumlah tersebut, 49,311 orang (90%) adalah 'pelarian' Myanmar.

No comments:

Post a Comment